Perjanjian Pengguna
Apabila anda menggunakan Perkhidmatan kami, anda bersetuju dengan semua terma ini. Penggunaan anda terhadap Perkhidmatan kami juga tertakluk pada Dasar Privasi kami yang meliputi cara kami mengumpulkan, menggunakan, berkongsi dan menyimpan maklumat peribadi anda.
Pengguna Berdaftar
Apabila anda mendaftar di laman ini, anda akan menjadi pengguna berdaftar. Jika anda memilih untuk tidak mendaftar untuk Perkhidmatan kami, anda boleh mengakses ciri-ciri tertentu sebagai seorang "Pelawat".
Perubahan
Kami mungkin membuat perubahan pada perjanjian ini. Kami boleh mengubah suai perjanjian ini dan Dasar Privasi kami kami dari semasa ke semasa. Jika kami membuat perubahan penting pada perjanjian ini. kami akan memberikan notis melalui Perkhidmatan kami atau melalui cara lain agar anda diberi peluang untuk menyemak perubahan tersebut sebelum penguatkuasaan dibuat. Kami bersetuju bahawa perubahan tidak boleh diundurkan tarikh. Jika anda membantah mana-mana perubahan. anda boleh menutup akaun anda. Jika anda meneruskan penggunaan Perkhidmatan kami setelah kami menyiarkan atau menghantar notis tentang perubahan kami terhadap terma ini, maksudnya anda bersetuju dengan terma yang dikemas kini setakat tarikh berkuat kuasanya.
Kelayakan Pengguna
Pembuatan akaun dengan maklumat palsu akan melanggar terma kami. Permohonan secara individu tidak akan diproses. Hanya permohonan melalui sekolah/institusi pengajian/organisasi/persatuan sahaja boleh dilakukan.
Notis dan Mesej
Anda membenarkan kami memberikan notis dan mesej kepada anda melalui laman web, aplikasi kami dan maklumat hubungan anda. Jika maklumat hubungan anda tidak dikemas kini, anda mungkin tidak menerima notis penting. Anda bersetuju bahawa kami akan memberi anda notis dan mesej melalui cara-cara berikut: (1) dalam Perkhidmatan, atau (2) dihantar kepada maklumat hubungan yang anda beri kami (cth. e-mel, nombor telefon, alamat surat-menyurat). Sila semak tetapan anda untuk mengawal dan mengehadkan mesej yang anda terima daripada kami.